Friday, October 14, 2011

POLIS DAN BANDUAN

Suatu hari di sebuah penjara,diadakan pertandingan bola sepak antara anggota polis menentang banduan yang ditangkap kerana kesalahan mencuri dan menyeluk saku.Semasa waktu rehat separuh masa,pihak polis telah mendahului dengan jaringan 3-0. Jurulatih pasukan banduan marah-marah kepada para pemainnya gara-gara kekalahan tersebut

Jurulatih : Bodoh! Tak ada otak! Takkan lawan polis pun tak reti? Takkan kamu semua ni cuma tau mencuri dan menyeluk saku saja?

Pemain : Kalau macam tu,lepas ni kita semua akan main kasar. Janji kita boleh sumbat gol dan menang! Apa macam?

Jurulatih : Eh,mana boleh main kasar macam tu?

Pemain : Tak apa. Saya jamin pengadil takkan bagi kita kad kuning atau merah!

Jurulatih : Eh,Kenapa pulak?

Pemain : Tengok ni...[ketawa besar] Aku baru saja curi kesemua kad pengadil termasuk wiselnya sekali!

Jurulatih : Hmm! Main kasar nampak! [tergelak kuat]

0 comments: